PORT DICKSON, 4 Feb -- Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor Datuk Ts Saipolyazan M Yusop (kanan) ketika melancarkan Laporan Kelestarian yang pertama bagi tahun 2024/2025 sempena MBI Selangor Group Board Retreat di Port Dickson, baru-baru ini.Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri SelangorDatuk Dr Haniff Zainal Abidin.Laporan Kelestarian edisi sulung ini merangkumi tempoh pelaporan selama 18 bulan, meliputi inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh MBI Selangor dan syarikat-syarikat milikannya. Dokumen komprehensif ini mengetengahkan usaha menyeluruh Kumpulan MBI Selangor dalam tiga teras utama kelestarian iaitu, pemeliharaan alam sekitar, impak sosial, dan keteguhan tadbir urus.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA