SEREMBAN, 20 Feb -- Kreativiti seorang peniaga di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi mencuri perhatian apabila roti ââââÅ¡¬'pocongââââÅ¡¬' dan martabak jualannya kembali menjadi tarikan pengunjung tahun ini. Roti yang dibalut kemas menyerupai ââââÅ¡¬'pocongââââÅ¡¬' itu bukan sekadar unik pada rupa, malah mengundang selera dengan aroma mentega dan inti yang melimpah.Memasuki tahun keempat berniaga di bazar berkenaan, Mohamad Firdaus Kamaruddin, 40, berkata menu signature roti ââââÅ¡¬'pocongââââÅ¡¬' yang diperkenalkannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai peringkat usia. Martabak yang dijual pada harga antara RM10 hingga RM18 itu turut hadir dengan pelbagai variasi seperti martabak dendeng daging, mac and cheese, spicy crispy chicken, kambing bakar keju serta martabak daging salai mozzarella bakar, sekali gus membangkitkan keinginan pengunjung untuk mencuba sendiri keenakan juadah berkenaan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA