PULAU MABUL, 05 Jan-- Pulau Mabul salah sebuah pulau yang amat popular dikalangan pelancong yang meminati aktiviti scuba, ianya terletak kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot daripada pekan Semporna.Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) Sabah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Januari lepas, menggariskan Pantai Timur Sabah khususnya Semporna akan dibangunkan dengan zon industri pelancongan marin terkemuka bersifat mesra alam.Pelaksanaan program ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong asing seluruh dunia terutamanya yang ingin menikmati syurga dasar laut.Selain Pulau Mabul, terdapat 20 buah pulau lain disekitar pulau ini antaranya Pulau Sipadan dan Pulau Mataking yang memiliki daya tarikan yang unik.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA.