PULAU MABUL, 5 Feb -- Pulau Mabul, sebuah pulau yang amat popular di kalangan pelancong yang meminati aktiviti skuba, terletak kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot dari pekan Semporna.Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan lepas, menggariskan Pantai Timur Sabah khususnya Semporna dibangunkan dengan zon industri pelancongan marin terkemuka bersifat mesra alam.Pelaksanaan program itu dijangka menarik lebih ramai pelancong asing dari seluruh dunia terutamanya yang ingin menikmati syurga dasar laut.Selain Pulau Mabul, terdapat 20 buah pulau lain di sekitar pulau ini termasuk Pulau Sipadan dan Pulau Mataking yang memiliki daya tarikan unik.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA.