KUCHING, 24 Feb -- Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P.195 Bandar Kuching , Sim Yaw Yen (kanan) bersalaman dengan calon DAP, Chong Chieng Jen selepas proses penamaan calon di Dewan Masyarakat, Jalan Padungan hari ini.Kerusi itu dimenangi Chong pada pilihan raya umum ke-11 lepas.Proses penamaan calon di 222 pusat di seluruh negara tamat pada 10 pagi ini, setelah menyaksikan penyerahan borang pencalonan bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.Pengundian akan diadakan pada 8 Mac ini di mana seramai 10,922,139 layak mengundi di seluruh negara.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA