KUALA KRAI, 11 Julai -- SESAK ... Kenderaan pengunjung-pengunjung Air Terjun Lata Rek dipakir sesuka hati semasa tinjauan BERNAMA di air terjun itu kira-kira 30 kilometer dari Bandar Kuala Krai di sini, baru-baru ini.Keadaan kawasan meletak kereta yang tidak ditar dan sempit itu menyebabkan pengunjung terpaksa meletak kenderaan mereka sesuka hati dan keadaan menjadi lebih sukar apabila musim cuti. Bukan itu sahaja tempat yang berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong itu kekurangan kemudahan seperti tong sampah, pondok-pondok berehat, tempat penginapan dan gerai menjual makanan dan minuman. Permohonan untuk memajukan tempat peranginan itu pernah diajukan kepada kerajaan negeri, tetapi sehingga kini masih tidak ada jawapan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** Mengiringi Berita