SEREMBAN, 8 April -- Orang ramai melakukan urusan harian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan di Wisma Negeri hari ini.Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi lebih 3,000 kakitangan negeri selama dua hari seminggu berkuat kuasa 15 April ini, selari pengumuman Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa konflik di Asia Barat.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata penjawat awam yang mempunyai jarak perjalanan melebihi lapan kilometer sehala dari rumah ke pejabat dibenarkan BDR pada Selasa, Rabu atau Khamis (mengikut penetapan ketua jabatan masing-masing), manakala kehadiran secara fizikal diwajibkan pada setiap Isnin dan Jumaat.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA