PULAU PINANG, 1 Mac -- Kira-kira 50,000 orang menyaksikan perarakan kereta berhias sempena perayaan Chap Goh Meh di sini malam tadi.Sebanyak 56 kereta berhias mengambil bahagian pada perarakan tersebut yang dianjurkan oleh kuil Poh Hock Seah.Perarakan itu bermula dari kuil Tua Pek Kong di Lebuh Armenian dan menyelusuri Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Jalan Penang, Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Perak, Jalan Anson, Jalan Macalister, Jalan Magazine, Lebuh Mcnair, Lebuh Sandiland, Jalan C.Y. Choy, Lebuh Pantai dan Lebuh Gereja sebelum kembali ke kuil berkenaan.Perarakan sejauh 10 kilometer itu bermula pada pukul 8 malam dan berakhir 2.30 pagi. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA