MELAKA, 24 Mac -- Sebahagian pelajar dari Sekolah Menengah Rendah Agama Repah Tampin Negeri Sembilan menggunakan teropong untuk melihat secara dekat jenis-jenis burung pemangsa pada Program "Raptor Watch" di Tanjung Tuan di sini, baru-baru ini. Mereka berpeluang melihat lima spesis raptor ketika burung-burung ini merentasi Selat Melaka iaitu Lang Sewah (Japanese Sparrowhawk), Lang Baza Berjambul (Black Baza), Lang Lebah (Oriental Honey-Buzzard), Alap-alap Cina (Chinese Goshawk) serta Lang Baza Hitam (Grey-faced Buzzard). -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA