KANGAR, 16 Mac -- SAKIT MATA... Pondok menunggu bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri dekat sini satu ketika dulu sangat cantik dan selesa tetapi kini bertukar wajah menjadi seperti selepas dipukul ribut.Keadaan sebahagian bumbung yang sudah tercabut itu tetap memberi kesan kepada sesiapa yang menumpang berteduh walaupun hanya seketika memandangkan sekarang musim panas di Perlis.Kelihatan beberapa pelajar sekolah berkenaan berehat sebentar selepas belajar kelas tambahan waktu cuti sekolah semasa tinjauan fotoBERNAMA di sini hari ini.Menurut pelajar terbabit bumbung pondok itu sudah rosak hampir setahun yang lepas tanpa dibaiki oleh pihak berwajib.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA