PONTIAN, 27 Dis - Teraju Utama Projek Tanaman Nanas Berkelompok (PTNB) Parit Jerman, Muhammad Anal Talha, menunjukkan nanas jenis MD2 yang turut dikenali sebagai Jermanpine, yang sinonim dengan daerah Pontian dan Kampung Parit Jerman.Selain itu, komuniti PTNB di kampung berkenaan turut menghasilkan pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan nanas, antaranya kuih tart, piza nanas, jus nanas, dodol dan kek nanas yang boleh dinikmati pelancong yang berkunjung ke lokasi tersebut.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA