KANGAR, 20 April -- PELIK TAPI BENAR ... Penjual kelapa parut, Marzuki Ariffin,51, dari kampung Datuk Kaya Man, Bukit Keteri dekat sini menunjukkan buah kelapa yang tertera seakan-akan kalimah Allah yang ditemuinya dua minggu lepas.Manakala, di tangan kirinya pula adalah kunci di mana penemuannya penuh misteri iaitu ia didakwa dijumpai dalam seulas buah nangka madu oleh abang iparnya Idrus Mat,60 tiga tahun lalu.Perkara yang aneh ini membuatkan ramai tidak percaya kerana mustahil satu kunci boleh berada dalam isi buah nangka yang ketinggian pokoknya mencecah empat meter.Menurut Marzuki buah kelapa dan kunci itu masih berada dalam simpanannya dan menjaga sebaik mungkin kerana menganggap ia sebagai kurniaan yang Maha Esa.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA