KUALA TERENGGANU, 15 April -- Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan (kiri) menyerahkan senarai nama Orang Kena Pengawasan (OKP) kepada Ketua Penolong Pengarah (Cawangan Siasatan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Putrajaya, Zainudin Abdullah pada majlis Pengambilalihan Pengurusan OKP dari Polis Diraja Malaysia kepada AADK peringkat kontinjen Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.Menyaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Supritendan Roslan Abd. Wahid (tengah).Pengambilalihan pengurusan OKP seramai 1194 orang yang berdaftar kepada AADK akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kalangan mereka serta dapat mengawai kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan dadah. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA