KEPALA BATAS, 8 Mac -- Pelanggan memilih pelbagai rempah ratus yang dijual di Kedai Rempah Shahul Hameed yang terkenal dengan campuran resipi turun-temurun serta bahan mentah berkualiti yang dibawa khas dari India. Kedai rempah yang kini diusahakan generasi ketiga itu terus menjadi pilihan pelanggan, khususnya pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri kerana aroma dan keenakan rempah ratusnya yang mengekalkan cita rasa tradisi sejak sekian lama.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA