GEORGE TOWN, 29 Sept -- Raja Muda Perlis selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (berdiri empat dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah (berdiri lima dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama para pelajar dan pegawai selepas majlis penutupan Bengkel Motivasi Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang di sini hari ini.Bengkel berkenaan diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan Yayasan Tuanku Syed Putra kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih sebagai pelajar terbaik dan juga pelajar cemerlang sekolah masing-masing di negeri Perlis.Seramai 36 pelajar menghadiri bengkel tiga hari anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perlis, Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA