MIRI, 3 Dis -- Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kanan) membasahkan rambut Ketua Kampung Ba' Medamot, Raja @ Sabin Libat, menggunakan air yangdiperolehi dari bekalan paip graviti di hadapan salah sebuah rumah baru yang dibina untuk masyarakat Penan kampung itu.Turut kelihatan adalah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak yang juga Pengarah Perhutanan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh (kanan).Jabatan Perhutanan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Kayu Balak Tropika Antarabangsa (ITTO) dan dua buah syarikat swasta -- Samling Strategic Corporation dan erickson Air Crane -- baru-baru ini telah melaksanakan satu projek printis perumahan baru yang lebih baik untuk mereka.Projek itu menelan belanja kira-kira RM750,000 itu melibatkan pembinaan 20 unit rumah serta sebuah empangan kecil untuk menampung keperluan bekalan air graviti telah disiapkan dalam tempoh dua bulan.Seramai 30 orang petugas jabatan itu terlibat sama dalam pembinaan itu yang menggunakan kayu balak dari hutan berdekatan.