JEDDAH, 11 Nov -- Pasar Pagi yang terletak di pintu masuk utama Masjid Nabawi di Madinah menyambut para jemaah yang baru selesai menunaikan sembahyang Fardhu Subuh. Kelihatan jemaah wanita sedang sibuk membeli buah buahan segar yang ada di pasar pagi ini. Pelbagai jenis barangan tersedia di sini dari sejadah hinggalah pakaian dan barangan cenderamata. Bagaimanapun, waktu perniagaan di sini agak terhad dan para pengunjung tidak punya masa yang lama untuk memilih barangan yang hendak dibeli, memandangkan pasar ini terletak di jalan utama menuju Masjid Nabawi.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA