GEORGE TOWN, 8 Jan -- Usia bukan penghalang untuk terus mencari rezeki, begitulah semangat yang ditunjukkan oleh Zahara Noor, 64 tahun. Warga emas itu sanggup berjalan dalam selut untuk mencari siput kemudi ketika air laut surut berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Bayan Lepas.Zahara yang menggunakan kotak polistirena berjalan sejauh kira-kira 500 meter bagi mencari siput kemudi.Menurutnya, beliau mula mencari siput tersebut sejak berusia 10 tahun bersama jiran-jiran. Dalam tempoh tiga jam, beliau mampu mengumpul sebanyak 70 ekor siput kemudi.Katanya lagi, antara bulan September hingga Mac merupakan musim mencari siput kemudi kerana air laut akan surut agak jauh. Siput-siput tersebut dijual dengan harga RM3 seekor.Siput kemudi, yang juga dikenali dengan siput paha ayam, merupakan sejenis kerang-kerangan dari genus Atrina yang sering dan sering menjadi buruan penduduk pantai untuk dijadikan lauk.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELHARA