MIRI, 3 Dis -- Keadaan pondok usang yang dihuni masyarakat Penan di Ba' Medamot, sebuah penempatan kecil yang terletak di tengah belantara di daerah Baram, Sarawak.Bagaimana pun kini penghuni rumah tersebut bakal menerima rumah baru yang dibina oleh Jabatan Perhutanan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Kayu Balak Tropika Antarabangsa (ITTO) dan dua buah syarikat swasta - Samling Strategic Corporation dan Erickson Air-Crane - baru-baru ini menerusi satu projek printis bagi perumahan baru yang lebih baik untuk mereka.Projek yang menelan belanja kira-kira RM750,000 itu melibatkan pembinaan 20 unit rumah serta sebuah empangan kecil untuk menampung keperluan bekalan air graviti telah disiapkan dalam tempoh dua bulan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA