BUTTERWORTH, 26 Dis -- Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh ibu dan adik angkatnya dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah pada 10 Dis lepas.Daniel Qayyum Kamalrolzlan, 23, mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Dia didakwa membunuh Hayani Yaakob, 51, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah rumah di Taman Teluk Air Tawar, di sini pada 9.45 pagi, 10 Dis.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA