GEORGE TOWN, 29 Jan - BERWARNA-WARNI ... Y.Kandapan membantu rakannya K.Pragalathen menyiapkan pelbagai jenis kavadi yang ditempah oleh penganut Hindu sempena perayaan Thaipusam. Bagi Pragalathen, seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam. Menceburi bidang itu seawal usia 18 tahun, telah memperhalusi seni pembuatan kavadi dan terus berpegang kepada keaslian iaitu segalanya dibuat dengan tangan meskipun kini terdapat rekaan buatan mesin. Prosesnya sangat memenatkan, mengambil masa hingga empat hari untuk menyiapkan satu kavadi (jika menumpukan sepenuh masa) dan kerja-kerja yang teliti memerlukan masa serta kesabaran bagi menghasikan setiap rekaan itu unik. Pragalathen berkata, harga sebuah kavadi dijual antara RM1,000 hingga RM5,000 bergantung kepada rekaan dan tahap kesukaran buatannya. Tambahnya lagi, pada tahun ini beliau menerima tempahan 21 kavadi berbanding tahun lepas sebanyak 18 kavadi. Beliau juga turut dibantu oleh rakan-rakannya bagi menyiapkan tempahan kavadi. Kavadi adalah struktur arca yang dipikul penganut Hindu semasa Thaipusam bagi menunaikan nazar dan berdoa sebagai tanda pengorbanan dan penghormatan kepada Dewa Murugan. Penganut Hindu akan menyambut Thaipusam pada 1 Feb ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
GEORGE TOWN, Jan 29 - COLOURFUL - Y. Kandapan helps his friend K. Pragalathen prepare various types of kavadi ordered by Hindu devotees in conjunction with the Thaipusam celebration. For kavadi maker K. Pragalathen, the intricate and colourful art of producing kavadi is not merely a business but a hobby and deep personal passion. Having ventured into the field at the age of 18, he has refined the craft over the years and remains committed to authenticity, with all kavadi made entirely by hand despite the availability of machine-made designs. The process is very exhausting, taking up to four days to complete a single kavadi if done full-time, and the meticulous work requires time and patience to ensure each design is unique. He said the price of a kavadi ranges from RM1,000 to RM5,000 depending on the design and level of difficulty. He added that this year he received 21 kavadi orders compared with 18 last year, with assistance from friends to complete the orders. Kavadi is a ceremonial structure carried by Hindu devotees during Thaipusam to fulfil vows and offer prayers as a sign of sacrifice and devotion to Lord Murugan. Hindus will celebrate Thaipusam on Feb 1. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED