JEDDAH, 19 Nov -- Kelihatan bangunan lima tingkat yang menempatkan Jamrah Ula, Wusta dan Al-Aqabah di Mina. Bangunan yang menelan belanja Saudi Riyal 42 Billion ini mula digunakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini. Jambatan ini mempunyai 12 pintu masuk dan keluar untuk hampir 3 juta jemaah yang melakukan ibadah melontar jamrah, di Mina semalam (Khamis).Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini telah menghadkan sekitar 300 ribu jemaah untuk melontar pada satu-satu masa untuk mengawal berlakunya kesesakan. Ibadah melontar jamrah pada tiga hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) juga melibatkan jemaah haji Malaysia. Ibadah melontar pada musim haji tahun ini berjalan lancar dan tidak ada sebarang insiden yang serius dilaporkan berlaku.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA