KOTA TINGGI, 25 Feb -- Seorang lelaki Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan termasuk membunuh isterinya yang sedang hamil, pada 13 Feb.Rashidullah Mong Fumiyah, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mahkamah menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes bagi kehadiran jurubahasa Myanmar.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA