ALOR SETAR, 18 Dis -- BURGER KAMBING ... Beberapa pekerja HR Group Sdn. Bhd memasak dan menyediakan burger kambing kepada pengunjung pada Karnival Antarabangsa HR dan Jom Cegah Dadah di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.Syarikat berkenaan juga turut melancarkan beberapa produk baru seperti burger kambing, bebola daging, ais krim dan nugget yang berasakan daging dan susu kambing.HR merupakan pengeluar produk berasaskan susu dan daging kambing, mensasarkan hasil jualan sebanyak RM50 juta sebulan menjelang pertengahan 2012 berbanding RM10 juta sebulan ketika ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA