KEPALA BATAS, 8 Mac -- Pemilik kedai rempah ratus campuran, Shahul Hameed Siddiq Mohamad, 44, mencampurkan pelbagai jenis rempah ratus di kedainya di sini. Berbekalkan resipi turun-temurun serta bahan mentah berkualiti yang dibawa khas dari India, kedai rempah yang diusahakan generasi ketiga itu terus menjadi pilihan pelanggan, khususnya pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri, kerana campuran rempahnya yang kaya aroma dan mengekalkan keaslian cita rasa tradisi sejak sekian lama.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA