MELAKA, 11 Dis -- Sebahagian daripada orang ramai yang hadir menyaksikan Majlis Perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, di sini, hari ini.Turut kelihatan, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin (depan, tiga kanan).Showcase itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan setakat jam 1.00 petang tadi mencatat jualan kontrak bernilai RM4.5 juta dan melibatkan penyertaan 523 agensi kerajaan dan syarikat swasta.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA