GEORGE TOWN, 25 Feb -- Tarian Singa pada sambutan Bai Ti Gong di Pengkalan Weld di sini malam tadi.Masyarakat Hokkien menyambut perayaan tersebut secara besar-besaran pada hari kesembilan Tahun Baharu Cina.Sambutan ini dipercayai berasal daripada kisah sejarah Dinasti Ming, apabila masyarakat Hokkien di Fujian, China, terselamat daripada serangan lanun selepas bersembunyi di ladang tebu selama sembilan hari.Mereka percaya keselamatan itu merupakan berkat perlindungan Dewa Langit, dan hari kesembilan tersebut bertepatan dengan ulang tahun keputeraan Maharaja Jade.Lebih 30,000 pengunjung, termasuk pelancong, membanjiri Pengkalan Weld bagi menyaksikan sambutan Bai Ti Gong yang dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan naga, selain percikan bunga api serta letupan mercun.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA