BUKIT MERTAJAM, 31 Dis -- Tiga lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, akhir bulan ini.Tertuduh, Xie Zhouji, 38; Zhang Mea, 32; dan Chen Cheng, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamin seberat 26.025 kilogram di sebuah pangsapuri di Kompleks Adorna Gold pada 10 malam, 20 Dis.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA