GEORGE TOWN, 2 Feb -- Orang ramai mengambil kesempatan sempena cuti ganti Thaipusam dengan berkunjung ke Chew Jetty bagi meluangkan masa bersama keluarga serta menikmati suasana perkampungan warisan di pesisir pantai ketika tinjauan hari ini.Chew Jetty yang merupakan antara penempatan tertua komuniti Cina di Pulau Pinang menampilkan deretan rumah kayu atas air dan laluan pejalan kaki yang unik, sekali gus menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara sejak diiktiraf sebagai sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.Tinjauan mendapati kawasan berkenaan mula dipenuhi pengunjung seawal pagi dengan aktiviti bersiar-siar, merakam gambar dan membeli cenderamata, sekali gus merancakkan ekonomi peniaga kecil setempat sepanjang cuti umum.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA