GEORGE TOWN, 25 Dis -- Pesta Pulau Pinang Edisi ke-59 yang berlangsung dari 6 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026 merupakan edisi terakhir di Tapak Pesta Pulau Pinang seluas 8.14 hektar di sini sebelum direhatkan selama enam tahun bermula tahun depan.Ia memberi laluan kepada pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) oleh MRT Corp, di tapak berkenaan di Sungai Nibong yang akan membawa perubahan besar kepada infrastruktur dan ekonomi Pulau Pinang.Pesta Pulau Pinang yang diadakan sejak 1966 ini telah menjadi acara tahunan ikonik di Pulau Pinang, menarik lebih dari 500,000 pengunjung setiap tahun.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA