KEPALA BATAS, 1 Mac -- Orang ramai terutama golongan ibu bapa membawa anak-anak sempena cuti hujung minggu berbuka puasa pada program 'Iftar On The Road' di tapak Karnival Mahabbah hari ini.Penganjur Karnival Mahabbah Zaini Aboo Hassan berkata, kira-kira 400 talam disediakan secara percuma kepada pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa pada program itu.Zaini juga berkata, program itu merupakan program tahunan yang diadakan pada bulan Ramadan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pengunjung Karnival Mahabbah.Antara menu yang dihidangkan adalah nasi dalam talam bersama gulai daging kawah, kuih muih serta pelbagai jenis minuman.Beliau berkata, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 100 buah motosikal berkuasa besar dari Kelab Utara Bikers dan Subuh Bikers.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA