KEPALA BATAS, 8 Mac -- Pelbagai jenis rempah ratus yang telah dicampur digoncang di dalam plastik bagi memastikan ramuan sebati sebelum diserahkan kepada pelanggan di sebuah kedai rempah. Berbekalkan resipi turun-temurun serta bahan mentah berkualiti yang dibawa khas dari India, campuran rempah yang dihasilkan mengekalkan aroma dan keaslian cita rasa tradisi yang telah dinikmati sejak sekian lama, sekali gus terus menjadi pilihan pelanggan terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA