NIBONG TEBAL, 11 April -- Antara 10 pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia membawa inovasi Malaysia ke tahap lebih tinggi apabila bakal menyertai International Rocket Engineering Competition 2026 (IREC 2026) di Midland, Texas, Amerika Syarikat dari 15 hingga 20 Jun ini.Dikenali sebagai WAU Rocketry USM, pasukan itu akan mewakili Malaysia bersama satu lagi pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam salah satu pertandingan roket antara universiti terbesar dunia yang menghimpunkan pelajar dari seluruh dunia untuk mereka bentuk, membina dan melancarkan roket.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA