BALIK PULAU, 20 Mac -- Ekstrak nanas segar varieti MD2 dicampurkan ke dalam mesin bersama bahan asas lain dalam adunan dodol iaitu tepung pulut, santan dan gula untuk menghasilkan dodol nanas di Kuala Sungai Pinang di sini.Pengasas Dodol Tok Bri, Nur Aimi Razak, 34, menghasilkan dodol berasaskan nanas berjaya memberi nafas baharu kepada makanan warisan, sekali gus memperkenalkan variasi unik kepada juadah yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA