KEPALA BATAS, 8 Mac -- Kedai Rempah Shahul Hameed mempamerkan pelbagai campuran rempah ratus yang disediakan khusus untuk pelbagai jenis masakan di kedainya di sini. Berbekalkan resipi turun-temurun serta bahan mentah berkualiti yang dibawa khas dari India, kedai rempah yang kini diusahakan generasi ketiga itu terus menjadi pilihan pelanggan kerana campuran rempahnya yang kaya aroma dan mengekalkan keaslian cita rasa tradisi sejak sekian lama, khususnya pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA