BUKIT MERTAJAM, 17 Mac -- Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh Ahmad Zhafri Mohd Nazri (kanan) mengagihkan ayam secara percuma kepada penduduk setempat pada ProgramPemberian Ayam Percuma di Dewan Yayasan Aman hari ini.Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid di kawasan itu sebagai persediaan orang ramai menyambut Aidilfitri.Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA