BUKIT MERTAJAM, 26 April -- Muhammad Syawal Rozlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti, kejayaan memperoleh 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi titik perubahan besar selepas menyertai e-tuisyen di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Machang Bubok bermula Disember 2024.Pendekatan pengajaran yang lebih interaktif melalui program e-Tuisyen Rakyat di NADI kini menjadi pemangkin kejayaan pelajar meraih keputusan cemerlang dalam SPM.Inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu terbukti dapat membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran meningkatkan prestasi akademik mereka khususnya dalam subjek teras.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA