GEORGE TOWN, 21 Feb -- Tapak Warisan UNESCO hari ini dibanjiri orang ramai termasuk para pelancong pada festival Miao Hui sempena Tahun Baharu Cina.Festival itu disambut pada hari kelima Tahun Baharu Cina yang membawa perayaan budaya yang meriah.Perayaan itu dianjur oleh Majlis Klan Cina Pulau Pinang bagi menggabungkan inovasi dengan tradisi melalui pertunjukan pelbagai kebudayaan masyarakat Cina.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA