KUANTAN, 17 Dis -- Laluan utama Jalan Pekan-Kuantan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup kepada semua kenderaan setelah ditenggelami air berikutan hujan berterusan sehingga menyebabkan limpahan air Sungai Belat, hari ini.Ia melibatkan Seksyen 319, kawasan sepanjang 1.2 kilometer. Sebagai alternatif, pengguna dinasihatkan menggunakan FT421 Jalan Putra (Jambatan Kedua Tanjung Lumpur) atau FT183 Jalan Padang Lalang-Tanjung Lumpur-Kampung Baharu.Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menegaskan laluan akan dibuka semula hanya selepas keadaan selamat dan paras air surut.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA