KUANTAN, 27 Mac -- Petugas kedai emas Fauziah Jaal Jewellery menyusun stok emas yang berkurangan akibat diserbu pembeli yang mengambil peluang membeli emas berikutan penurunan harga emas ketika tinjauan hari ini.Tinjauan juga mendapati pembeli memenuhi kedai emas meskipun baru sahaja selesai menyambut Aidilfitri. Harga emas 916 segram pada 15 Mac lalu direkodkan berjumlah RM607.72 sebelum mula menurun beberapa hari kemudian sehingga merosot kepada RM525.73 pada 24 Mac. Penurunan harga emas ini didorong oleh Konflik Asia Barat, keadaan geopolitik semasa dan beberapa faktor lain. Untuk rekod, harga emas 916 di Malaysia pada hari ini berada dalam julat RM516 hingga RM680 per gram, bergantung kepada kedai dan caj upah manakala harga emas 999 pula sekitar RM562 hingga RM730 per gram. Harga ini dinamik dan boleh berubah mengikut pasaran semasa.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA