BENTONG, 21 April -- Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Mohd Asri Seman (kiri) menunjukkan sebahagian sisa elektronik (e-waste) yang dirampas pada sidang media di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Bentong hari ini.Turut sama Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang, Abd Halim Mohd Khalid.Dalam satu operasi yang dijalankan baru-baru ini, pihak JKDM Pahang telah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan sisa elektronik (e-waste) bernilai RM3.09 juta setelah merampas lima kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat Selangor awal bulan ini.Mohd Asri berkata rampasan itu dibuat dalam satu operasi pada 2 April kira-kira 1 petang oleh pasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Bentong dengan kerjasama beberapa agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Pelabuhan Klang serta SIRIM Malaysia.Hasil serbuan di CP-HOLD Yard North Port Pelabuhan Klang, kastam mendapati terdapat lima kontena bersaiz 12.2 meter (40 kaki) mengandungi e-waste seberat 88,392.12 kilogram dengan nilai anggaran RM3.09 juta.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA