RAUB, 26 Feb -- Adik kepada salah seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong awal pagi, Hafida Mat Dani, 37, kelihatan sebak ketika menunggu di Unit Forensik Hospital Raub hari ini.Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA