KUANTAN, 28 Dis -- Perkhidmatan Bas.My menjalankan operasi harian di sekitar bandaraya ini ketika tinjauan fotoBernama di sini harõ ini.Bas.My adalah inisiatif kerajaan MADANI di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) untuk menyediakan perkhidmatan bas awam yang lebih cekap, mampu milik, dan mesra pengguna, terutamanya di luar Lembah Klang dengan menawarkan perjalanan lebih murah melalui Kad 30 Hari (RM30 tanpa had) dan Kad Konsesi untuk tambang percuma kapada Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar (berumur 7-17 tahun), pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), warga emas (berumur 60 tahun keatas) serta menyediakan laluan dan jadual yang lebih sistematik untuk memudahkan mobiliti harian rakyat.Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan kesesakan trafik, menjimatkan kos rakyat, dan meningkatkan akses mobiliti di bandar-bandar seperti Kuantan, Kuching, Kangar dan Johor Bahru.Di Kuantan, Bas.My memulakan operasinya secara rasmi sejak 15 Disember lalu menggantikan bas Rapid Kuantan yang menamatkan operasi sepenuhnya pada 14 Dis. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA