JOHOR BAHRU, 27 Dis -- Pengerusi Pertubuhan Seni Orang Kurang Upaya Pengerang (PSOKUP), Hadi Salleh, menunjukkan antara produk batik cetakan kreatif (ecoprint) yang dijual sempena Festival Kraf Johor (FKJ) 2025 di Padang Akasia, Angsana Mall, di sini, hari ini.Hasil karya murid pendidikan khas dimanfaatkan sebagai pelbagai produk kraf seperti beg tangan, topi dan pakaian, yang dijual pada harga antara RM15 hingga RM350, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan serta memberi pendedahan awal terhadap nilai keusahawanan.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA