PEKAN, 30 Jan -- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berucap ketika merasmikan Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Pekan hari ini.Servis T&CM Hospital Pekan hari ini beroperasi sepenuhnya dengan menfokuskan modaliti Urutan Melayu Tradisional sebagai sokongan bagi pesakit yang mengalami kesakitan kronik dan pemulihan pasca strok.Pembukaan unit baharu ini merupakan satu inisiatif strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daæââšam mengintegrasikan perubatan tradisional dengan perubatan moden dengan bertujuan menawarkan pilihan rawatan yang lebih komprehensif bersama penduduk sekitar daerah Pekan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA