KUCHING, 16 Mac -- MENARIK... Pembantu pengajar Siti Nabilah Md Saat (kiri) membantu sekumpulan kanak-kanak menggunakan alat bantuan pengajaran 'E-Block' yang terdapat di Sudut Anjung Ilmu di Kolej Teknologi Sarawak (TCS), di sini hari ini.Terdahulu, Sudut Anjung Ilmu itu dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Ia menyediakan pelbagai kemudahan seperti sudut membaca, alat bantuan pembelajaran untuk kanak-kanak, internet dan komputer yang ditaja oleh Yayasan Pelajaran Mara.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA