PEKAN, 5 April -- Peserta berpasukan berlari membawa beban seberat lima kilogram dengan menelusuri laluan denai sejauh 15 kilometer pada Program Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini 1 di sini hari ini.Pada program itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dinobatkan sebagai juara keseluruhan merangkap johan Kategori Badan Beruniform selepas mencatat masa dua jam lapan minit.Selain kategori badan beruniform, tiga lagi kategori iaitu kategori jemputan atau VIP, agensi kerajaan dan badan berkanun serta kategori belia, pelajar universiti dan komuniti.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA