KUANTAN, 7 April -- Pembantu jualan Batik Adina, Syura Hafiz menyusun kemeja batik yang ditempah pelanggan ketika tinjauan fotoBernama di Butik Batik Adina di sini hari ini.Sebelum ini, kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA