KUANTAN, 17 Dis -- Tiga penduduk terpaksa meredah air banjir yang menenggelami Taman Guru susulan limpahan Sungai Belat ketika tinjauan hari ini.Kawasan berkenaan antara yang terjejas teruk selepas hujan berterusan sejak tiga hari lalu. Setakat jam 4 petang, aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 3,796 mangsa daripada 1,206 keluarga ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA