RAUB, 26 Feb -- Dua anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong awal pagi, Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15 (dua dari kiri) dan Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, (dua dari kanan) ketika tiba di Unit Forensik Hospital Raub hari ini.Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA